IPOH – Penganjuran Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak (Smart Kids) 2025 memberi peluang kepada kanak-kanak mencungkil bakat dan potensi mereka sepanjang program berlangsung.
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sambutan ini turut membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan pertandingan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Menurutnya, lebih 2,000 orang kanak-kanak dan ibu bapa hadir bagi memeriahkan program yang diadakan pada hari ini. – MGPerak





