MGPerak: Saya Baca Komen Nakal, Cadangan Tahanan Di Rumah Tidak Libatkan Najib – Saifuddin

211

IPOH – Cadangan pelaksanaan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi ‘home detention’ atau tahanan di rumah tidak langsung melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sebaliknya semata-mata bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di kesemua 43 penjara di seluruh negara yang sedang menempatkan 80,000 penghuni.

Jelasnya, usaha itu juga sebagai mengetengahkan nilai ihsan terhadap pesalah-pesalah dalam kes tertentu seperti ibu mengandung dan warga emas yang uzur.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini