Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau tidak mengenali serta mengetahui individu bernama Isham Jalil.
“Saya tidak kenal dia dan saya tidak pernah tahu dia,” jawab Ahmad Zahid secara ringkas.
Pengerusi Barisan Nasional itu berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan kenyataan Isham yang juga Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO agar Ahmad Zahid menurunkan ego dengan berjumpa dan meminta maaf kepada pemimpin parti itu yang dipecat atau digantung. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PresidenUMNO #IshamJalil





