PARIT – Hujan berterusan dalam tempoh hampir seharian pada Isnin serta limpahan air dari kawasan berhampiran menyebabkan beberapa rumah dinaiki air setinggi paras pinggang hingga ke dada.
Itu antara detik cemas yang dihadapi penduduk selepas banjir melanda di kawasan Kampung Parit 6, Layang-Layang Kiri, dekat sini sehingga memaksa 195 individu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Layang-Layang Kiri. – MGPerak





