IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyokong penuh dan komited untuk memainkan peranan aktif bagi menjayakan usaha Tahun Melawat Malaysia 2026.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, kerajaan negeri melalui Tourism Perak akan meneruskan pelbagai inisiatif, program dan pengisian menarik bagi menyokong kempen tersebut.
Katanya, agensi pelancongan negeri itu akan terus bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak termasuk pemain industri serta komuniti setempat bagi memastikan Perak tampil sebagai antara destinasi utama sepanjang kempen itu berlangsung. – MGPerak





