MGPerak: Semua Agensi, Jabatan Diminta Sedia Hadapi Gelombang Keempat MTL

306

CAMERON HIGHLANDS – Semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir diminta untuk bersiap sedia dalam menghadapi gelombang keempat Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru semua aset akan diselaraskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke lokasi pasca bencana Kampung Orang Asli Sungai Ruil, dekat sini, pada Sabtu.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini