MGPerak: Sering Hantar Lauk, Mak Ngah Kini Bertukar Gelaran Sayang

11

Doa yang dititipkan pada setiap penghujung sujud lima waktu akhirnya membawa
Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa menamatkan zaman bujang pada usia 47 tahun dengan suri hati, Rapeah Sani, 70.

Menurut Mohd Shaiful Nizam, dia bersyukur apabila wanita itu sudi menerima pinangannya pada 7 April lalu, lantas menjadi pembuka jalan ke arah pelengkap kepada kehidupannya.

Shaiful Nizam dan Rapeah antara 25 pasangan yang selamat diijabkabulkan pada Sabtu dan diraikan pada Majlis Kenduri Kahwin Beramai-ramai Parlimen Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Lenggong, pada Ahad. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini