TAIPING – Kerajaan Negeri Perak telah mengarahkan semua ketua jabatan untuk mengaktifkan Skuad Ihsan Madani Penjawat Awam bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selepas air surut di daerah yang terjejas banjir di sekitar negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, skuad itu akan di bawah penyelarasan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menurutnya, langkah tersebut penting bagi mempercepatkan proses pasca banjir serta memastikan keadaan di kawasan terjejas dapat dipulihkan dengan segera. – MGPerak





