Kerajaan Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah memperhalusi serta memperkemas prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula 3 November ini sekiranya berlaku bencana banjir.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, perkara berkenaan dilaksanakan semasa taklimat peperiksaan awal Oktober lalu.
Menurut beliau, ia sebagai langkah memastikan lebih 29,000 calon SPM di Perak dapat mengikuti peperiksaan tanpa sebarang halangan termasuklah sekiranya berlaku bencana banjir. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #CalonSPM2025


