MGPerak: SSI Bantu Perkukuh Kedudukan Kewangan, Sosial Kerajaan Perak

7

IPOH – Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) merupakan antara agensi penyumbang hasil kepada kerajaan negeri menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, sekali gus membantu memperkukuh kedudukan kewangan dan sosial negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, sebahagian pendapatan diperoleh menerusi pelaksanaan projek-projek pembangunan hartanah akan dikembalikan kepada negeri dalam bentuk dividen, sumbangan tunai dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Beliau yang juga Pengerusi SSI berkata, sebagai agensi milik penuh kerajaan negeri, SSI bukan sahaja berperanan dalam agenda pembangunan fizikal dan ekonomi, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan sosial rakyat secara menyeluruh. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini