MGPerak: Sultan Nazrin Rasmi Kompleks Wanita, Kanak kanak Dan Kardiologi HRPB

213

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada Selasa.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenaan berangkat ke majlis.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Majlis juga dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini