Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak, pada Jumaat.
Turut berangkat ke majlis yang diadakan di Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, adalah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Keberangkatan tiba ke majlis baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin serta kepimpinan negeri. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak