MGPerak: Sultan Nazrin Tunai Solat Sunat Aidilfitri Bersama 1,000 Jemaah Di Kuala Kangsar

201

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, pada Rabu.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira jam 8.30 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini