Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke LHKSNS 2025 di Dataran Pavilion, disertai lebih 9,500 peserta yang kekal bersemangat walau hujan renyai.
Suasana larian bertambah meriah dengan peserta tampil dalam pakaian larian yang kreatif dan menarik, serta pertunjukan penyelamatan yang mencuri perhatian ramai dan Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang laluan larian yang membabitkan kawasan kampung sekitar Mukim Sayong, Kota Lama Kanan serta Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah.
Sambutan rakyat yang berwarna-warni menjadikan edisi kali ini begitu meriah dan istimewa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #LHKSNS2025 #LarianHariKeputeraanSultanNazrinShah





