IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi Unit Kawalan Anjing dalam Distres bertindak menjalankan operasi menangkap anjing liar berikutan kejadian kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita warga emas di Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, di sini, kelmarin.
Rohani Nek, 69, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas motosikal ditunggangnya dipercayai cuba mengelak anjing liar melintas dalam kejadian tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak