MGPerak: Syed Hussein Gesa Razali Henti Ugut, Halang Tugas 6 Ahli Parlimen Bersatu

236

Kenyataan berbaur ugutan dan hasutan terhadap enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong kerajaan perlu dihentikan segera kerana tindakan itu menganggu mereka untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal berkata, perkara itu merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris sejak 16 Februari sehingga 12 April lalu.

Menurutnya, perkara itu bukan sahaja memberi impak kepada beliau dan lima ahli Parlimen lain malah turut mempengaruhi serta menganggu emosi rakyat di kawasan mereka.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini