SUNGAI SIPUT – Kerajaan Negeri Perak menekankan usaha memperkasakan segmen pelancongan sukan atau ‘sport tourism’ sebagai antara strategi utama dalam menyambut kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pelbagai acara berteraskan sukan akan dan sedang dilaksanakan di negeri ini agar ia dapat menggamit lebih ramai kehadiran pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Katanya, penganjuran acara-acara sukan pada sepanjang tahun tidak pernah berhenti di Perak kerana ia merupakan salah satu fokus utama kerajaan negeri dalam membangunkan sektor pelancongan. – MGPerak