IPOH – Kerajaan Perak bersedia untuk melaksanakan Rang Undang-undang RUU khas bagi membolehkan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) meneruskan atau mengekalkan pentadbiran hingga akhir penggal.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu bersedia untuk dibawa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya ia telah diluluskan di peringkat Persekutuan, berdasarkan kepada Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media Konvensyen Perpaduan Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri, di sini, pada Isnin.
#malaysiagazetteperak #mgperak #mbperak #saaranimohamad