TAPAH – Sebahagian daripada 131 pendatang tanpa izin (PATI) warga asing dari Myanmar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 3.30 petang tadi.
Empat daripada etnik Rohingya itu ditemui dalam kawasan paya dan semak berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding yang berada dalam kawasan Kampung Poh kira-kira 15 kilometer dari Depot Imigresen Sementara Bidor dekat sini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak