Seramai 120 usahawan Perusahaan Mikro kecil dan Sederhana (PMKS) Perak telah terlibat dengan lapan program Perluasan Pasaran Produk dan Perkhidmatan Usahawan Perak ke Luar Negara setakat November tahun ini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, daripada program yang disertai, mereka berjaya mencatatkan hasil jualan tunai RM2 juta.
Katanya, selain itu turut berjaya dicatatkan jualan potensi sejumlah RM19.7 juta melalui kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara usahawan negeri dengan bakal pengimport dari seluruh dunia melalui program yang disertai. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak