MANJUNG – Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Salbiah Mohamed menegaskan bahawa isu berhubung calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tidak seharusnya timbul.
Menurutnya, kuasa untuk mencalonkan mana-mana individu bagi mewakili parti dalam pilihan raya terletak sepenuhnya di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pemberi watikah kepada calon yang bertanding. – MGPerak





