UMNO Perak menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berkemungkinan diadakan lebih awal daripada tahun 2027.
Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beberapa indikator politik semasa termasuk keperluan menghadapi tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Sabah, Melaka dan Johor, memberi bayangan bahawa PRU16 mungkin diselaraskan bagi menjimatkan kos dan tenaga.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Perak menegaskan kuasa membubarkan Parlimen terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak