MGPerak: Tiga Syarikat Maritim Belgium Dijadual Melawat LuMIC Jun Depan

102

Tiga syarikat berkaitan industri maritim dari Belgium dijangka akan mengadakan lawatan tapak projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) pada bulan hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, syarikat-syarikat berkenaan adalah Belgian Scrap Terminal (BST) yang mengendalikan pemisahan bahan kitar semula, serta Soenen Group Green Vessel Recycling terlibat dalam pelupusan kapal secara lestari.

Katanya, selain itu sebuah lagi syarikat iaitu Steinberg Logistics International yang menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu juga menyatakan hasrat yang sama. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini