TELUK INTAN – Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini, hari ini atas pertuduhan menikam adik tirinya menggunakan pisau pemotong sayur pada Isnin lalu.
Tertuduh, L Thiyagaraj, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret T Ashvinii.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas L Dewi, 31, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di sebuah rumah di Taman Muhibbah, di sini, pada jam 8 malam, Isnin lalu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak