Tinjauan MGPerak di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Bidor mendapati aliran trafik sesak menuju ke arah Kuala Lumpur berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Manakala laluan menghala ke Gopeng dari Bidor turut sesak menjelang petang. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PLUS bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. – MGPerak