MGPerak: Tokoh Guru Perak 2025 Ahmad Tazally Junjung Semangat Warga Pendidik

139

IPOH – Penerima Anugerah Tokoh Guru Perak 2025 menyifatkan kejayaan yang diraih bukan hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya merupakan buah tangan seluruh warga pendidik sekolah yang bekerja dengan semangat berpasukan dan penuh dedikasi.

Ahmad Tazally Mohamad Zain, 61, yang menerima pengiktirafan tersebut pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 2025 tidak menyangka terpilih untuk menerima anugerah berkenaan.

Anak jati Kampung Gajah itu telah berkhidmat selama 34 tahun dalam dunia pendidikan dan pulang semula ke tempat kelahirannya untuk berkhidmat pada empat tahun terakhir sebagai Pengetua di Sekolah Menengah (SM) Raja Dr Nazrin Shah. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini