Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan Program Perak Pawsitive Initiative 2025 Daerah Kinta di Dewan Bulan Sabit Merah pada Selasa.
Hadir sama, isteri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Aezer Zubin dan Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching.
Dalam majlis itu, Tuanku Zara turut berkenan menyempurnakan lafaz rasmi dan gimik perasmian seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
Tuanku Zara kemudiannya meninjau ruang pameran serta melihat proses pemandulan yang dijalankan oleh pada program tersebut.
Terdahulu, Sandrea dalam ucapannya berkata, program tersebut adalah kempen kesedaran dan program pemandulan bersubsidi yang bertujuan mengurangkan populasi haiwan terbiar di negeri Perak.
Menurutnya, inisiatif ini turut merangkumi program vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan haiwan secara percuma serta aktiviti lain yang berkaitan dengan kebajikan haiwan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #rajapermaisuriperak #PerakPawsitiveInitiative