IPOH – Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak) bersama Wanita Inspirasi Negeri Perak (WINP) Perak terus menggerakkan kolaborasi bersama pelbagai agensi bagi memastikan bantuan kebajikan dapat disalurkan kepada lebih ramai golongan memerlukan.
Pengarah Wanita Perak, Jamilah Zakaria berkata, melalui kerjasama itu, program Deko Raya telah dilaksanakan bagi membantu menceriakan kediaman golongan sasaran selain menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penerima yang layak.
Menurutnya, usaha bersepadu itu turut melibatkan sumbangan daripada beberapa agensi kerajaan serta beberapa syarikat yang menaja program berkenaan. – MGPerak





