Program Coffee Talk: Bicara Wira bersama Ikon Patriotik yang diadakan sempena Lenggong Outdoor Festival (ODF) 2025 menampilkan enam wira negara yang tampil berkongsi pengalaman dan semangat perjuangan mereka bersama generasi muda dalam usaha menyemai nilai patriotisme serta menghargai pengorbanan wira negara.
Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando, Datuk Abd Rashid Harun berkata, ikon patriotik ini terdiri daripada anggota yang banyak menyumbangkan jasa dalam menjaga keselamatan negara.
Beliau yang pernah menjadi Komander Taktikal Ops Daulat berkata, program itu menampilkan dua moderator iaitu Dr Nizam Mohd Ali dan Mejar (B), Mohd Fitri Shuib @ Ismail atau lebih dikenali sebagai Tuan Hutan yang mengendalikan sesi tersebut sarat dengan mesej patriotisme. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #LenggongOutdoorFestival #ODF2025