LUMUT – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bakal dinamakan sebagai calon Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) nekad akan merebut semula kerusi Parlimen Lumut termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Pasir Panjang pada PRU akan datang. – MGPerak