MIC buka ruang bincang kerjasama dengan parti lain

SUNGAI SIPUT – MIC bersedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti politik demi kelangsungan masa depan parti tersebut.

Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar kepentingan parti serta masyarakat India di negara ini.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin beliau perlu membuat keputusan untuk kebaikan parti berkenaan.

“Saya telah mengambil keputusan untuk membuka ruang perbincangan dengan parti-parti lain. Ini adalah keputusan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen MIC Negeri Perak ke-79 di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M Ramasamy.

Mengulas lanjut, Vigneswaran menegaskan bahawa keputusan tersebut diambil atas pertimbangan yang rasional dan berharap tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Saya ini Presiden parti. Saya tidak akan menunjukkan perasaan dan tidak menyalahkan sesiapa. Sebab semua orang pun dalam keadaan yang agak susah, mereka juga ada parti mereka sendiri. Saya faham perkara itu. Saya tidak menyalahkan sesiapa.

“Tetapi mereka juga tidak boleh menyalahkan kami. Sama sahaja. Kalau kita lemah, maka lemah sahajalah.

Kita buat keputusan yang munasabah untuk parti kita sahaja. Tidak mengapa. Jangan takut apa-apa,” ujarnya.

Katanya, walaupun setakat ini tiada sebarang pelawaan rasmi daripada mana-mana parti lain, MIC tetap terbuka untuk sebarang rundingan yang dapat menjamin masa depan parti dan memperkukuhkan suara masyarakat India.

Dalam pada itu, Vigneswaran turut meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP Perak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan dan maruah MIC.

Tambahnya, walaupun MIC tiada jawatan dalam Kabinet, namun mereka terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sudah memberikan komitmen kepada Perdana Menteri, dan akan terus beri kerjasama selama lima tahun,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MIC wajar letak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan – Thulsi

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI