Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedah kepada umum

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan mendedahkan kepada umum butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang membincangkan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang juga seorang daripada ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata minit mesyuarat adalah sulit.

“Jadi kita tak boleh buat perkara itu (minit mesyuarat) open lah ya. Itu hanya hak Lembaga Pengampunan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum, bagi menghentikan spekulasi berhubung dokumen tambahan yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata pendedahan minit mesyuarat itu bagi memberi penjelasan sebenar mengenai dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI