Modul pembelajaran ciptaan UPSI bantu murid orang Asli

TANJUNG MALIM – Modul pembelajaran yang dicipta oleh tenaga pakar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menjadikan calon murid orang Asli memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Naib Canselor UPSI, Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kejayaan itu dibuktikan melalui keputusan SPM yang diumumkan baru- baru ini.

Menurut beliau, ia menunjukkan modul tersebut amat membantu calon Orang Asli terutamanya dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

“Modul itu dibangunkan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi menjayakan program pembangunan insan empowerNCER Akademik@Perak melalui hasil kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak (JPNP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Modul yang ditulis oleh Prof Madya Dr Abdul Halim Masnan, Dr Seah Siok Peh serta Azila Alias dari Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) itu berkesan meningkatkan penguasaan pelajat anak orang Asli terhadap pembelajaran.

“Masalah dan cabaran pendidikan murid orang Asli bukanlah perkara baharu, malah terdapat pelbagai kajian dilakukan akademia universiti untuk membantu mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, modul yang membantu meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira itu ternyata berkesan dan membantu dalam memajukan pendidikan murid orang Asli .

“Modul ini merangkumi asas pembelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kelestarian minat, motivasi, kemahiran insaniah, serta komunikasi,” katanya.

“Selain modul, seramai 1,400 pelajar keluarga B40 daripada 22 sekolah di tujuh daerah di Perak memperoleh manfaat daripada program penyerahan peranti tablet di bawah program EmpowerNCER Akademik@Perak,” katanya.

Penerbitan modul itu selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi agenda Memasyarakatkan Universiti (U4S) dan Agenda Keempat dalam memacu kesejahteraan komuniti dengan menggiatkan sumbangan kepada komuniti yang berkonsepkan pendidikan komuniti. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Tidak Minat Duduki SPM Antara Punca 655 Calon Di Perak Tidak Hadir Peperiksaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI