Mohamad pengerusikan Mesyuarat AMM hari ini

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Mesyuarat berkenaan adalah persediaan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN–GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat tersebut menghimpunkan menteri-menteri luar dari negara anggota ASEAN bagi membincangkan pelbagai isu penting serantau dan antarabangsa.

“Mesyuarat  AMM turut memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan Komuniti ASEAN serta perkembangan terkini mengenai Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) yang dibentangkan oleh Sekretariat ASEAN.

“Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk langkah susulan terhadap Konsensus Lima Perkara mengenai krisis di Myanmar, yang kini dipimpin oleh Malaysia. Perbincangan juga merangkumi hubungan ASEAN dengan rakan luar di bawah agenda Hubungan Luar ASEAN,” katanya.

Selain itu, status keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN turut disentuh, termasuk penerimaan garis panduan yang akan membantu negara itu mematuhi semua instrumen undang-undang ASEAN.

Keseluruhan hasil mesyuarat berkenaan akan menjadi asas kepada perbincangan dalam ketiga-tiga sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 27 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menegaskan komitmennya untuk membina ASEAN yang lebih kukuh, inklusif dan mampan, selaras dengan tema “ASEAN 2025: Keterangkuman dan Kemampanan”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI