Mohammad Azlin Timbalan Ketua Polis Perak baharu

IPOH – Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Biro Jenayah Hidupan Liar) Bukit Aman, Mohammad Azlin Sadari secara rasmi menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner, pada Khamis.

Mohammad Azlin, 52, dilantik jawatan itu bagi menggantikan Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat yang bersara wajib pada 23 Jun depan.

Majlis serah terima tugas antara Zulkafli dan Mohammad Azlin itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas, Senior Asisten Komisioner Hishammuddin Mohd Amin serta Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Senior Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Terdahulu, di Dataran Perhimpunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Zulkafli, 60, dan isteri, Zaleta Ibrahim diraikan dalam Majlis Paluan Berundur yang dihadiri pegawai kanan, pengurusan tertinggi termasuk anggota polis.

Perbarisan kawalan kehormatan melibatkan 51 pegawai rendah polis serta dua pegawai itu dipimpin oleh Pegawai Baris, Asisten Superintenden Muhammad Nursyahir Saharuddin.

Zulkafli yang mula berkhidmat ketika berusia 21 tahun pada 15 Januari 1986 itu kemudiannya diberikan penghormatan menaiki kenderaan rasmi bersama isteri sebelum meninggalkan majlis. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Zulkafli tamat khidmat bakti selepas 39 tahun bersama PDRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI