Mohd Annuar dilantik semula sebagai YDP MAIPk

IPOH – Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dilantik semula sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi penggal tahun 2026 sehingga 2027.

Mohd Annuar menerima pengurniaan watikah pelantikan itu daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada majlis Pengurniaan Watikah MAIPk di Royal Perak Golf Club (RPGC), dekat sini, pada Khamis.

Sultan Nazrin berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 26 lagi anggota MAIPk termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak.

Mohd Annuar Zaini dilantik semula YDP MAIPk pelantikan Yang Dipertua MAIPk MAIPk penggal 2026 2027 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah MAIPk kepimpinan Majlis Agama Islam Perak pelantikan institusi Islam Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengurniakan watikah pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Seramai 21 anggota pada penggal 2024-2025 dilantik semula kali ini, sementara lima anggota baharu dilantik bagi penggal 2026-2027.

Antara anggota baharu yang dilantik adalah, Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan; Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Muhammad Naim Al Amin Saharudin; Pensyarah di Jabatan Syariah, Ekonomi, dan Tadbir Urus Akademi Pengajian Islam UM, Profesor Dr Asmak Ab Rahman.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Zainal Iskandar Ismail serta Pengurus Pusat Pembelajaran dan Pengasingan Barang Kitar Semula, Habibah Yaakob.

Sultan Nazrin turut berkenan melantik Tan Sri Zulkefli bin Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Balia Yusof Wahi sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak,

Turut dilantik ialah Tan Sri Abdul Hamid Embong, Datuk Muhamad Asri Abdullah, Datuk Asa’ari Mohd. Yazid dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Baginda juga berkenan mengurniakan watikah pelantikan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri kepada Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Seri Abdul Razak Musa, sementara Mohammad Syamil Azizan dan Zuraidah binti Idris masing-masing menerima watikah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri.

Turut menerima watikah pelantikan, Hanim Khairani sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar; Nor Atikah Badri (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Perak); Multazimah Rafie (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Manjung) serta Muhamad Hamidi Hamizi Abdul Manaf (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar).

Dalam majlis yang sama, baginda berkenan melantik 54 orang Ahli Majlis Pengurusan Masjid Negeri Perak yang berperanan memperkukuh tadbir urus masjid,memantapkan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti, serta menyokong agenda dakwah, pendidikan dan kesejahteraan ummah di seluruh Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MAIPk sedia salurkan bantuan pasca banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI