Mohd Azhar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC

IPOH – Mohd Azhar Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) berkuatkuasa 2 April lalu.

Beliau mengantikan Datuk Yahanis Yahya yang dilantik sebagai CEO Perak SADC pada Oktober 2018.

Perak SADC dalam kenyataan media memaklumkan perlantikan Mohd Azhar mendapat persetujuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Perak SADC.

Jelasnya, pelantikan itu juga susulan peranan beliau sebagai pegawai yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC berikutan tamatnya kontrak perkhidmatan Yahanis Disember tahun lalu.

“Perak SADC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat dan jasa bakti Datuk Yahanis Yahya disepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Perak SADC.

“Dengan pelantikan ini, pihak pengurusan Perak SADC mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Azhar dalam menggalas tanggungjawab baharu.

“Semoga kepimpinan beliau membawa transformasi positif serta kejayaan berterusan bagi Perak SADC untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negeri Perak,” katanya.

Mohd Azhar sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC dan mempunyai pengalaman luas lebih 20 tahun dalam bidang pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI