Mohon dipenjara selepas mengaku buru rakan dengan parang

TELUK INTAN – Seorang pekerja kedai tayar memohon dipenjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengejar rakannya dengan sebilah parang pada 14 Oktober tahun lalu.

Tertuduh Awizal Amri Md Ali, 35, dari Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, lelaki bujang berkenaan didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan cemas kepada mangsa berusia 39 tahun di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, jam 8.00 malam pada 14 Oktober 2023.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresen kemudiannya memohon hukuman penjara ekoran tidak mempunyai wang.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan dari tarikh ditangkap.

Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa tertuduh yang juga rakannya itu memenggal kepala ayam ternakannya.

Akibat tuduhan itu, tertuduh terus berang dan bertindak mengejar mangsa dengan parang.

Mengikut fakta kes, tertuduh datang ke rumah mangsa dalam keadaan mengamuk, telah bertindak mengambil sebilah parang di hadapan rumah mangsa dan mengejar mangsa sehingga mendatangkan ketakutan.

Tangkapan ke atas lelaki itu dibuat polis di Kawasan Perusahaan Bandar Sultan Suleiman, Klang, Selangor pada jam 2.30 petang, Selasa lalu (20 Ogos 2024). -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pegawai, anggota polis cedera dilibas parang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI