MP Bukit Gantang ketuai kluster di bawah NACCOL – Anwar

IPOH – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan diberi tanggungjawab bagi mengetuai sebuah jawatankuasa di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Syed Abu Hussin akan berperanan menyumbangkan idea dan tenaga bagi membantu kerajaan dalam menangani soal kos sara hidup rakyat serta harga barang.

“Saya mengesahkan supaya dia (Syed Abu Hussin) akan mengepalai kluster untuk kita tambah baik ikhtiar (mengurangkan kos sara hidup rakyat).

“(Malah, ia juga) supaya (inisiatif seperti program jualan barangan murah) Jualan Madani ini dapat kita tingkatkan (menambah baik) diperluaskan, dan kerapkan lagi ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jualan Termurah Barangan Basah dan Kering di Taman Klebang Restu, di sini, pada Ahad.

Pada program tersebut, sebanyak 12 tan beras disediakan dan habis dijual dalam tempoh hampir dua jam.

Anwar Ibrahim bukit gantang Syed Abu sara hidup jawatankuasa harga barang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat ayam segar ke tika hadir pada program Jualan Termurah Madani Barangan Basa h dan Kering di Padang Taman Klebang Restu, Ipoh. Foto ABDULL AH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

Sebanyak 39 jenis barangan basah dijual pada harga 20 peratus hingga 65 peratus berbanding di pasaran, sementara 25 jenis barangan kering dijual pada harga lapan peratus hingga 20 peratus murah.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan ketika ini sedar walaupun pelbagai langkah telah diambil termasuk menaikkan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun ia masih belum mampu menyelesaikan soal kenaikan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Jelas Perdana Menteri, bukan mudah untuk kerajaan ketika ini mengawal harga barangan di pasaran kerana masalah peningkatan harga barang turut berlaku di seluruh dunia.

“Jadi kalau kita cakap pelaburan tinggi, ekonomi baik, orang kata tidak juga, kerana harga barang tetap juga naik.

“Jadi saya terima teguran itu dan sebab itu kita cari jalan untuk selesaikan masalah ini di akar umbi,” ujarnya lagi.

NACCOL yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertanggungjawab antaranya merangka dasar, strategi serta pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup dengan menyeluruh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anwar, Zahid dijangka hadir Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI