MPT terus perkasa Agenda Pemerkasaan PBT 2030

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan terus memperkasakan Agenda Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2030 selaras dengan Pelan Perak Perak Sejahtera 2030, sebagai hala tuju pada tahun ini.

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, hala tuju itu meliputi empat teras iaitu Organisasi berdaya maju, responsif dan adaptif; Pengurusan bandar yang berdaya huni dan mampan; Rekayasa sumber kewangan; serta Pemerkasaan hubungan dan kolaborasi strategik.

Katanya, di samping itu MPT turut menawarkan pengurangan atau diskaun bagi bayaran kompaun atau notis kesalahan lalu lintas pada kadar 50 peratus kepada orang awam.

“Tawaran ini berkuat kuasa bermula 25 sehingga 31 Januari ini bersempena dengan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.

“Tawaran pengurangan ini merangkumi tawaran kompaun kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

“Bagaimanapun, ia tidak termasuk bagi kompaun atau notis peringatan yang telah dikenakan tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bulanan MPT di Wisma Perbandaran Taiping, pada Rabu.

Pada masa sama Khairul Amir berkata, pihaknya akan mengadakan kaunter kutipan Kitar Semula Sisa Elektronik (e-sisa) dan Pelupusan Sisa Pukal di enam lokasi di sini pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi setiap Sabtu bulan ini.

Jelas beliau, kaunter berkenaan akan dibuka di Masjid Batu 4 Kamunting dan Kawasan Parkir Arena Sukan Aulong pada 11 Januari sementara Dewan Serbaguna Taman Aun Say dan Dewan Orang Ramai Taman Tupai Mas (18 Januari).

“Pada 25 Januari, akan dibuka kaunter pengumpulan e-sisa dan sisa pukal di Dewan Taman Kaya dan Gelanggang Bola Keranjang Pokok Assam,” tambah beliau. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin Rasmi Bangunan Mahkamah Syariah Taiping

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI