MTL: Gerik ke Jeli antara kawasan berisiko tanah runtuh

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan menumpukan kawasan berisiko tanah runtuh dan banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran sistem saliran di seluruh negeri.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, antara lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tanah runtuh ialah laluan dari Gerik menuju ke Jeli serta laluan dari Simpang Pulai ke Blue Valley di Cameron Highlands.

Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama syarikat konsesi terlibat akan meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan di kawasan terlibat sepanjang tiga bulan musim MTL bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

“JKR bersama-sama dengan syarikat konsesi terpilih akan memberikan perhatian sepanjang MTL supaya tidak ada tanda-tanda yang menyebabkan akan roboh kalau berlaku rebak yang besar. Jadi, mereka tambah pemantauan dalam musim MTL sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi kesiapsiagaan MTL anjuran JKR Perak di FT001 Jalan Ipoh-Tanjung Malim di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah JKR Perak, Zamri Mat Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

MTL: Perak fokus kawasan berisiko tanah runtuh, banjir
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bergambar pada Program Corporate Social Responsibility (CSR) bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut oleh Jabatan Kerja Raya Perak di FT001 Jalan Ipoh-Tanjung Malim, Simpang Pulai. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 NOVEMBER 2025.

Sementara itu, Zamri berkata, beberapa lokasi di sekitar negeri ini dikenal pasti sering dilanda banjir kilat semasa musim MTL antaranya daerah Muallim, Kerian, Kinta dan Manjung.

Tambahnya, kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat berterusan khususnya apabila paras air laut meningkat.

“Keadaan itu menyebabkan air termenung di jalan-jalan yang menjadi tumpuan sekali gus memaksa penutupan sementara laluan berkenaan bagi keselamatan pengguna jalan raya.

“Namun, kebiasaannya penutupan jalan hanya dilaksanakan beberapa jam atau paling lama dua hari apabila air sudah surut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak pastikan jalan, longkang diselenggara hadapi MTL

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI