Muhyiddin restui ‘tebuk atap’ di Perlis? – Puad

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan beberapa bekas wakil rakyat Pas di Perlis membuktikan beliau merestui langkah ‘tebuk atap’ di negeri itu, dakwa Datuk Dr Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu merujuk kepada luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Ashaf Abdul Aziz dari Pas yang menyatakan kesedihan melihat gambar pertemuan Muhyiddin bersama tiga bekas ADUN Pas.

“Saya tumpang sedih melihat gelagat tiga bekas ADUN Pas yang nampak macam mengemis kepada Muhyiddin. Sedangkan Muhyiddin sendiri juga berada di hujung tanduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Puad, kunjungan hormat Muhyiddin ke pejabat Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah jelas menunjukkan beliau merestui tindakan ‘tebuk atap’ yang dilakukan oleh ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu.

Malah, katanya, kunjungan hormat Muhyiddin ke rumah Musyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin turut menjadi bukti wujudnya dua kem dalam Pas sehingga menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Perlis itu semakin tersisih dalam parti berkenaan.

“Kunjungan itu membuktikan wujud dua kem dalam Pas. Hashim Jasin semakin tersisih dalam Pas,” katanya lagi.

Puad berpandangan, Haziq dan Pas sepatutnya bukan sekadar berasa sedih, sebaliknya perlu berasa sakit hati dengan perkembangan politik yang berlaku antara Pas dan Bersatu di Perlis.

“Krisis Pas-Bersatu akan berlarutan. Sebab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Bersatu tidak akan menang sebarang kerusi di Perlis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua ADUN Bersatu serta tiga bekas ADUN Pas di Perlis mengambil langkah menyertai UMNO sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang berpanjangan.

“Justeru adalah wajar semua ADUN Bersatu dan tiga bekas ADUN Pas di Perlis menyertai Rumah Besar UMNO. Ahlan wa sahlan,” katanya.

Semalam, Haziq Asyraf mempersoalkan kehadiran Muhyiddin dan tiada ADUN Pas Perlis dengan menyifatkan perkara itu bukan isu kecil kerana menyentuh soal disiplin parti, amanah dan pengkhianatan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI