Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pemeran Naga Imej dan Budaya Meterial ketika berkunjung di Muzium Perak, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.
TERLETAK di tengah-tengah Bandar Warisan Taiping, Muzium Perak bukan sekadar sebagai salah satu monumen sejarah, malah ia merupakan institusi penting dalam memelihara khazanah budaya serta warisan negeri dan negara.
Dibina pada tahun 1883 hasil idea oleh Residen British Ketiga di Negeri Perak, Sir Hugh Low, muzium itu merupakan muzium pertama yang diwujudkan di negara ini.
Bangunan Muzium Perak telah direka bentuk oleh arkitek dari England dengan ia menggabungkan unsur seni bina masyarakat ‘moor’ di India, gaya klasik seni bina ‘neo-classical’ serta Victoria masyarakat Eropah.
Muzium Perak mempunyai beberapa ruang galeri dan pameran antaranya ruang pameran sementara, alam semula jadi, dan kebudayaan.
Rangka gajah antara yang dipamerkan di Muzium Perak di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pemeran Naga Imej dan Budaya Meterial ketika berkunjung di Muzium Perak, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pemeran alatan tradisional ketika berkunjung di Muzium Perak, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.Pameran kebudayaan bagi menarik lagi pengunjung di Muzium Perak di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.Salah satu tarikan di Muzium Perak di Taiping adalah pameran spesimen haiwan liar dari hutan tropika Malaysia seperti harimau, beruang, seladang, ular dan tapir dan sebagainya. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.Di halaman luar Muzium Perak, Taiping, terdapat sebuah pesawat tempur lama dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.