Mydin Manjoi terbakar: Nilai kerugian dianggarkan RM50 juta

IPOH -Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin mendedahkan kerugian pasar raya besarnya di Manjoi yang terbakar mencecah RM50 juta.

Menurut Ameer Ali,  anggaran kerugian terbabit melibatkan kemusnahan struktur bangunan serta barangan yang musnah dalam insiden yang berlaku pada Ahad malam.

Beliau berkata, walau bagaimanapun jumlah kerugian sebenar membabitkan nilai bangunan yang telah dibina sejak 2012 masih belum diperoleh.

“Matlamat sebenar pembukaan cawangan Mydin di Manjoi ini adalah untuk memudahkan penduduk kampung membeli barang keperluan tanpa perlu bergerak jauh.

“Jadi, kita berasa sedih kerana struktur bumbung pada bangunan sudah tidak ada. Kos kerugian sebenar pula kita kena tunggu jawapan daripada bomba, jurutera dan sebagainya,” katanya.

mydin terbakar ameer ali manjoi terbakar rm50 juta terbakar mydin terbakar ameer ali manjoi terbakar rm50 juta terbakar
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin (kiri) melakukan tinjauan di tapak kejadian kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi, pada Isnin. Foto AMIRRUL RABBANI

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di lokasi kejadian kebakaran pasar raya besar Mydin Manjoi, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ameer Ali memberitahu, seramai 108 pekerja di premis berkenaan telah ditempatkan sementara di pasar raya Mydin cawangan Meru Raya yang terletak kira-kira 6 kilometer (km) dari Manjoi.

Katanya, inisiatif itu diambil bagi memastikan kesemua pekerja berkenaan tidak terputus mata pencarian terutama kepada mereka yang akan menyambut Ramadan pada Selasa.

“Jika dilihat pada kerosakan struktur bangunan ini, ia susah untuk baik pulih. Sama ada ia perlu dibina bangunan baharu atau tidak, kita tunggu hasil laporan daripada pasukan bomba.

“Apa yang terbaik kini, adalah kita melihat ke hadapan dan kita berjanji untuk tidak akan meninggalkan Manjoi. Kita berharap akan dapat terus beroperasi untuk masyarakat di sini,” katanya lagi.

mydin terbakar ameer ali manjoi terbakar rm50 juta terbakar mydin terbakar ameer ali manjoi terbakar rm50 juta terbakar
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin melakukan tinjauan di tapak kejadian kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi, pada Isnin. Foto AMIRRUL RABBANI

Pada Selasa, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat kepulan asap kelihatan keluar dari bilik papan suis utama di tingkat atas pasar raya Mydin Manjoi sekitar jam 7.09 malam.

Api bagaimanapun semakin marak sehingga pasukan bomba diatur gerakkan ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

Operasi melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Ipoh, Simpang Pulai, Pasir Puteh serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Bercham, Chemor dan Pusing itu berjaya mengawal kebakaran kira-kira 12 tengah malam. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mydin Manjoi terbakar: Semua pengunjung pekerja sempat keluar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI