Mydin terbakar: Lampu berkelip-kelip, terpadam sebelum kebakaran 

IPOH – Sebahagian lampu di tingkat dua berkelip-kelip sebelum terpadam sepenuhnya beberapa detik sebelum kebakaran di pasar raya besar Mydin Manjoi berlaku, lewat petang Ahad.

Pengawal keselamatan pasar raya besar itu berkata, selepas seluruh bahagian atas bergelap, pihak pengurusan membuat pengumuman dan mengarahkan pengunjung supaya turun ke tingkat bawah bangunan berkenaan.

Dia yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian sekitar 6.30 petang itu, juruteknik penyelengaraan cuba mencari punca bagaimana lampu di tingkat dua bangunan tiba-tiba berkelip-kelip dan padam sepenuhnya.

Menurutnya, ketika juruteknik penyelengaraan sedang melakukan kerja-kerja tersebut dia menemui nyalaan api di kawasan stor tingkat dua premis berkenaan.

“Lebih kurang 15 minit selepas pengunjung dan pekerja keluar, api mula membakar pasar raya itu serta bunyi letupan turut kedengaran,” katanya yang ditemui berhampiran pasar raya itu malam tadi.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.09 malam memaklumkan terdapat kepulan asap kelihatan keluar dari bilik papan suis utama di tingkat atas pasar raya itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MG Perak sebelum ini melaporkan, kejadian itu dipercayai berlaku selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.

Difahamkan, terdapat kira-kira 40 pekerja serta lebih 200 pengunjung berada di dalam pasar raya berkenaan bagi membuat persiapan akhir persekolahan dan menyambut Ramadan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mydin akan keluar kenyataan rasmi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI