Myvi tebabas, tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar

PARIT – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas lalu tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kumbang Changdung Bota Kanan, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 4.51 petang.

Menurutnya, sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran kenderaan tersebut.

“Ketika tiba di lokasi kita mendapati kereta Perodua Myvi tersangkut di kabel elektrik dan terbakar namun tidak melibatkan mangsa.

“Ketua Operasi kemudiannya bertindak melaksanakan size up Anggota bomba mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dan membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

“Kereta tersebut didapati musnah terbakar kira-kira 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Razali Abu Bakar tamat jam 6 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki rentung selepas kereta terbabas, terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI