Nahas dua kereta: Wanita meninggal dunia ketika terima rawatan

IPOH – Seorang wanita berusia 22 tahun cedera parah sebelum meninggal disahkan dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai, pada Sabtu.

Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini, pada jam 11.20 malam, Ahad.

Katanya, sebelum itu mangsa bersama dengan seorang pemandu berusia 23 tahun sedang dalam perjalan dari Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands.

“Sekitar jam 11.45 malam Sabtu, kereta dinaiki mangsa telah memasuki laluan berlawanan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang dinaiki empat anggota tentera.

“Akibat daripada pelanggaran itu, lima mangsa berusia 19 hingga 25 tahun daripada kedua-dua kereta terbabit mengalami kecederaan ringan dan parah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Jelas Abang Zainal Abidin, kesemua mangsa kemudiannya di bawa ke HRPB untuk menerima rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, susulan itu pihak polis meminta saksi yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Edwin Tang Chiew di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua wanita maut dalam nahas berasingan di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI