Nahas dua helikopter TLDM: Bedah siasat jangka selesai esok – HRPB

IPOH – Proses bedah siasat 10 mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dijangka selesai pada Rabu.

Timbalan Pengarah Perubatan HRPB, Dr Liaw Kok Toon dalam satu kenyataan memaklumkan ia dijangka selesai sekitar lewat tengah hari.

Katanya, Jabatan Forensik HRPB telah menerima kesemua jenazah anggota TLDM berkenaan kira-kira jam 6 petang tadi.

“Prosedur bedah siasat telah dimulakan dan dijangka dapat disiapkan pada lewat tengahari esok.

“HRPB memohon kerjasama semua pihak untuk memberi ruang memastikan prosedur bedah siasat serta pengecaman mangsa dapat dijalankan dengan lancar, selain menghormati privasi waris mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada, Selasa.

Terdahulu, kesemua mangsa tiba di perkarangan Jabatan Forensik HRPB dengan dibawa masing-masing 10 van jenazah termasuk dua ambulans dari Lumut.

Dalam nahas sekitar jam 9.30 pagi tadi, dua helikopter milik TLDM dipercayai bergesel sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut ketika sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90.

Insiden yang melibatkan helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu membabitkan mangsa tujuh lelaki serta tiga wanita. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hari TLDM dibatalkan – Menteri Pertahanan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI