Nahas FRU: 500 jemaah sertai solat jenazah di surau IPD Hilir Perak

TELUK INTAN – Sekitar 500 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan anggota polis bersama-sama mengerjakan solat jenazah ke atas tujuh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, tengah malam tadi.

Turut bersama-sama menyertai solat jenazah tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Solat jenazah diimamkan oleh Ahmad Kamil Ibrahim dan majlis tahlil dipimpin oleh Ahmad Fathullah Rosli dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Terdahulu, kesemua mangsa maut dibawa Hospital Teluk Intan (HTI) untuk dibedah siasat.

Kemudian, tujuh jenazah melalui proses mandi dan kafan di hospital berkenaan.

Kesemua van yang membawa jasad sembilan anggota terbabit bergerak dari IPD Hilir Perak sekitar jam 1 pagi.

Sembilan wira negara itu akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam untuk diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jenazah 9 anggota FRU dibawa keluar dari HTI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI