Nahas FRU: Suasana sayu menyelubungi pengebumian jenazah Mohd Roslan

IPOH – Jenazah salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, yang terkorban dalam nahas jalan raya di nahas jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, dekat Teluk Intan, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya pada pagi Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Nur Aini Samiun, 44, serta tiga orang anak  Muhammad Raqin Najmi, 13; Muhammad Rizqi Nazhan, 9, dan Nur Aqeela Rawida, 6.

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan tersebut pada jam 4.43 pagi.

Hampir 100 yang hadir termasuk ahli keluarga Allahyarham Mohd Roslan, anggota FRU dan kenalan hadir untuk melihat pengebumian jenazah.

Bapa mertua Allahyarham, Samiun Sarif, 73, bersama anak kedua dan anak ketiga allahyarham turut kelihatan sedih ketika upacara pengebumian berlangsung.

Nahas FRU: Jenazah Mohd Roslan selamat dikebumikan awal pagi Rabu
Bapa mertua Allahyarham, Samiun Sarif, 73, bersama anak kedua dan anak ketiga Allahyarham turut kelihatan sedih ketika upacara pengebumian berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh awal pagi Rabu. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 MEI 2025.

Urusan pengebumian jenazah Mohd Roslan yang dijalankan dengan penuh istiadat kepolisan itu selesai sepenuhnya sekitar jam 5.20 pagi.

Pegawai Penjaga Trup FRU Unit 5, Sungai Senam, Asisten Superintendan Yamin Mat Zaid kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada adik bongsu Allahyarham, Mohamad Hazizi Abd Rahim, 35, sebagai simbolik penghargaan kerajaan terhadap jasa bakti dan pengorbanan Allahyarham.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak selepas selesai proses bedah siasat dan pengurusan jenazah di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI).

Artikel berkaitan:

Kemudian, jenazah Mohd Roslan bersama lapan jenazah lain dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam untuk diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kejadian sekitar jam 8.51 pagi itu, sebuah lori muatan batu kerikil dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh trak FRU yang membawa 18 anggota.

Lapan anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi iaitu pemandu trak FRU meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di HTI. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jenazah 9 anggota FRU dibawa keluar dari HTI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI